PENGENALAN
Kenabian merupakan anugerah Allah
S.W.T yang diberikan kepada hamba yang dikehendaki-Nya. Anugerah ini tidak akan
diperolehi dengan jalan ikhtiar atau usaha dengan kesungguhan dan kepayahan.
Selain itu, kenabian juga tidak akan diperolehi jika seseorang itu
memperbanyakkan ketaatan dan ibadahnya kepada Allah. Hal ini kerana, nubuwwah
adalah pilihan dan kenabian itu akan diperoleh apabila Allah telah memilih
seseorang yang istimewa untuk menjadi pemimpin bagi umatnya yang lain. Firman Allah S.W.T dalam surah
al-Baqarah ayat 105,
Maksudnya
: Orang-orang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan
diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. dan Allah menentukan
siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya (kenabian); dan Allah
mempunyai kurnia yang besar.
Mereka adalah daripada golongan
manusia yang sanggup dan mampu membawanya kerana kenabian ialah satu beban yang
berat dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Di samping itu, kenabian juga
tidak mengikut keturunan ataupun nasab, dan tidak dapat diusahakan dengan
berebut menerusi kedudukan ataupun kekuasaan. Firman Allah dalam surah al-Haj
ayat 75,
Maksudnya
: Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari manusia;
Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (surah al-Haj: ayat 75)
Kenabian juga tidak akan diberikan
kepada orang-orang kafir, hanya diberikan kepada orang-orang mukmin. Kenabian
adalah khusus kepada orang lelaki sahaja, tidak akan ada wanita yang mendapat
kenabian. Hal ini kerana, tugas-tugas kenabian sangatlah berat dan memerlukan
tahap kesabaran yang tinggi. Oleh itu, semua rasul sudah tentunya menerima
ujian dan cabaran yang sangat hebat dalam proses menjalankan dakwahnya.
Kesimpulannya, kita wajiblah beriman
kepada para rasul kerana mereka ialah utusan Allah yang sangat mulia dan
terpelihara daripada melakukan dosa. Selain itu, mereka adalah pemimpin yang
perlu dicontohi dan diteladani kerana mereka mempunyai sifat-sifat yang terpuji
dan baik di sisi Allah S.W.T.
10:25 AM |
Category:
PENGENALAN TANDA-TANDA KENABIAN
|
0
comments
Comments (0)