RUMUSAN: TANDA-TANDA KENABIAN
Melalui tanda-tanda kenabian tersebut, terbuktilah bahawa Nabi
Muhammad SAW merupakan seorang Nabi utusan Allah yang menunjukan jalan
kebenaran kepada kita semua. Allah memberikan tanda-tanda tersebut kepada Nabi
Muhammad bagi menunjukkan dan membuktikan bahawa Baginda bukan seorang manusia
biasa seperti kita, sebaliknya adalah kekasih Allah di mana Allah meletakkan
darjat Baginda Rasulullah SAW lebih tinggi dari nabi-nabi dan rasul-Nya yang
lain. Melalui tanda-tanda yang dipamerkan oleh Allah pada Nabi Muhammad SAW,
tidak ada siapa yang dapat menyangkal bahawa Baginda merupakan Rasul utusan-Nya.
Dengan tanda-tanda kenabian yang yang ada pada diri Rasulullah ini,
ia dapat membantu menambahkan iman dan kepercayaan kita terhadap Rasulullah
sebagai Rasul utusan Allah. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa ajaib
sejak dari sebelum kelahiran baginda Rasulullah, semasa dan selepas kelahiran
hinggalah kewafatan baginda, kita akan bertambah yakin kepada Rasulullah. Tanda
kenabian Rasulullah dapat dilihat sebelum kelahiran Rasulullah lagi. Hal ini
kerana Allah SWT telah menciptakan Nur Rasulullah SAW sebelum kelahiran
Rasululah lagi. Bahkan Allah telah memberikan kenabian kepada roh Nabi Muhammad
SAW sebelum penciptaan Nabi Adam. Nur Nabi Muhammad SAW berpindah-pindah
daripada nabi-nabi yang sebelumnya, kepada ayahanda Rasulullah, Abdullah,
kepada ibundanya, Aminah dan akhirnya kepada diri Rasulullah sendiri selepas
baginda dilahirkan.
Sehubungan itu, kita sebagai umat nabi Muhammad hendaklah mengambil
pengajaran daripada peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW ini. Akhlak
Rasulullah yang mulia, tidak pernah bercakap bohong, sentiasa menegakkan
kebenaran, suka membantu orang lain walaupun yang bukan beragama Islam juga
menjadi satu daripada tanda kenabian Baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam
Al-Quran; “Sesungguhnya Rasulullah SAW, bagi kalian adalah suri tauladan
yang paling baik.” Oleh itu, sebagai umat Nabi Muhammad, kita spatutnya
mencontohi peribadi dan sifat-sifat mulia Rasulullah dalam kehidupan kita.
Sehubungan dengan itu, kita hendaklah beriman dan percaya bahawa Nabi
Muhamad adalah utusan Allah yang terakhir dan tiada lagi nabi yang lain setelah
baginda. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana berpeluang menjadi umat nabi
Muhammad yang akan mendapat syafaat baginda di hari akhirat kelak. Malah,
Baginda Muhammad SAW juga sangat menyayangi kita umatnya hinggalah ke saat-saat
terakhir kewafatan Baginda. Bagi membalas cinta Rasulullah SAW, kita hendaklah
sentiasa mengamalkan segala pesanan Rasulullah. Insya-Allah, sekiranya kita
berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta mengamalkannya pasti kita akan
bersama-sama dengan Rasulullah di syurga. “Aku mewariskan dua perkara kepada
kalian, Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa yang mencintai sunnahku, bererti
mencintai aku dan kelak orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama
aku.” (khutbah akhir baginda Rasulullah SAW)
Di samping itu, tanda-tanda kenabian ini juga boleh kita dijadikan
hujah bagi membidas tuduhan-tuduhan tidak berasas daripada pihak orentalis yang
sering ingin menidakkan kenabian Rasulullah SAW sebagai utusan Allah yang
terakhir. Malah, ada di antara mereka menuduh yang bukan-bukan berkenaan sifat
dan peribadi Rasulullah. Cacian dan tuduhan mereka ini tidak seharusnya kita
balas dengan cacian, sebaliknya kita menggunakan tanda-tanda kenabian Baginda
sebagai hujah yang kukuh bagi membuktikan bahawa nabi Muhammad merupakan utusan
Allah dengan cara yang penuh diplomasi agar dapat meyakinkan mereka sekaligus
dapat menyedarkan mereka dan menarik mereka kepada Agama Allah.
Kesimpulannya, di sebalik tanda-tanda kenabian yang ditunjukkan
oleh Allah pada diri Nabi Muhammad SAW, terdapat banyak hikmah dan pengajaran
yang ingin Allah tunjukkan kepada manusia agar menyedari dan meyakini kenabian
Rasulullah SAW sebagai utusan-Nya.
BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Judah As-Sahhar (1991) : Sejarah
Rasulullah S.A.W. : Penerbitan Kintan
Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Abdul Razzak Naufal (1969) : Nabi
Muhammad S.A.W. : Pustaka Nasional Pte Ltd,
Singapura.
Abu Ali al-Fadhl Ibn Hasan Ibn al-Fadhl
Ath-Thabrisi. (2004). Kenalilah Kebenaran Dari
Ahlinya: Ringkasan Sejarah nabi Muhammad SAW
& Putrinya Fatimah az-Zahra, Kuala
Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.
Abu Mazaya Al-Hafiz. (2008). Sejarah
Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al-Quran,
Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy.
(2005). Sirah Nabawiyyah: Kajian Mendalam
Manhaj Gerakan Islam Pada Masa Rasulullah, Shah Alam, Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
H.M. Yunan Nasution (1984) : Muhammad
Rasulullah : Dewan Dakwah Islamiyah
Indonesia.
Imam Tirmizi. (2013). As-Syamail Al-Muhammadiyah:
Keanggunanmu Ya Rasulullah,
Selangor: Pts islamika Sdn Bhd.
Muhammad Ramzi Omar (2004) : Sirah
Nabawiyyah S.A.W. : Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.
Mustafa al-Saqa, Ibrahim al-Abyari, Abu
Hafiz Syalabi. (2006). Sirah Nabawiyyah Ibnu
Hisyam: Jilid 1, Shah Alam, Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
Qishash-Al-Anbiya’ Ibratun Li-Ulil Albab,
Abul Fidaa’ Ismail Bin Kathir Al-Quraisy
(Ibnu Kathir) (2008): Kisah Para Nabi
Pengajaran Dan Iktibar : Nadi Minda
Resources, Selangor.
Rusydi Ramli Al-Jauhari. (2012). Biografi
Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam,
Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.
Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri. (2010).
Al-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabwiyyah
S.A.W, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah
Abd. Rahman (2007) : Biografi Muhammad Bin
Abdullah : PTS Islamika Sdn. Bhd., Selangor.
10:52 AM |
Category:
RUMUSAN DAN RUJUKAN: TANDA-TANDA KENABIAN
|
0
comments
Comments (0)